Monday, July 4, 2011

izinkan aku menulis semula

terlalu lama aku berhenti menulis,setelah hadirnya shela dalam hidup aku yg sudah hampir 8 bulan bersama aku selepas pahit duka yang aku jalani lebih dari 3 tahun.dan dalam tempoh masa aku bersama shela aku mula sedar yang aku telah banyak berubah.sehinggakan kadangkala aku tidak sedar akan apa yang aku lakukan baik untuknyamahupun untuk diri aku sendiri.aku tak tahu apa pemahaman orang lain tentang lelaki,tetapi bagi aku lelaki bukan sahaja sekadar yang kita kenali sebagai bapa,abang,guru mahu pun teman.aku yang telah menjeja kan kaki ke alam dewasa kini mulai paham dan sedar akan kata-kata yang menyatakan lelaki mempunyai tangunggjawab yang cukup berat.dan sebagai lelaki juga kita harus teruskan segala liku-liku hidup tak kira sebesar mana bala yang datang menimpa kerana itu lah satu-satunya yang yang menunjukan kita cukup teguh dan tabah.tapi aku yang dibesarkan tampa seorang ayah,tampa satu keluarga yang cukup anak-anak tanggana terpingga-pingga disisi agama,dan aku yang dilahirkan dalam keluarga berdarah muaalaf kerap kali disisih oleh masyarakat.dan aku lalui perasaan itu dari aku mula berlajar berjalan dimana aku dipingirkan oleh saudara-mara aku.dan apa yang didikan aku pelajari hanyalah dengan berdiam diri,tunduk dan redha dengan segala dugaan diberi-NYA.dan oleh keranaperasaan takut,malu dan tidak mahu dipandang hina,aku mula meberontakdan aku tewas kepada bisikan syaitan,aku sesat,aku sesat dalam dunia aku yang dipenuhi dengan hiburan.aku berlaku liar dan liar sehingga aku berubah seakan binatang.perbuatan hina,keji dan kejam aku dahulu menghantui aku kini.setiap malam aku kerap tertengar suara orang yang mengajak aku kembali sahaja kepada zaman dahulu.tetapi aku bersyukur,aku bersyukur kerana ada lagi sahabat,adik-beradik aku yang meskipun bukan darah daging aku kerap menghalang aku aku dari melakukan sesuatu yang mungkin membuat aku meringkup kembali ke dalam dunia bata dan besi.aku yang dulu kerap disegani kerana sifat berani,kuat bergaduh dan liar dahulu kadangkala dijadikan bahan ketawa shabat-sahabat aku kerana berubah menjadi seperti seorang yang lebih pendiam,seorang yang kerap mendiamkan diri dirumah dan tidak kerap bersosial.aku tahu yang mereka belum boleh memahami apa yang aku rasa tapi percayalah yang aku berubah bukan kerana keinginan aku semata-mata tetapi untuk ibu aku yang memberi nafas kepada aku,walaupun dia tidak dapat melihat dunia aku yang aku lalui tapi aku tak lagi menyalahkan dia.dia hanya tidak faham dan sedar yang tak mudah bagi aku membesar dalam keluarga ini tapi aku yakin yang suatu hari nanti dia akan tertawa banga dengan aku kerana aku adalah anknya.dan kepada seorang kakak yang aku tahu dia tak pernah putus menyokong apa sahaja yang aku lakukan,yang kerap kali cuba menybelahi aku walau pun sedih melihat aku ibarat najis yang tak putus-putus menyusahkan keluarga lagi-lagi diri nya itu kepada seorang gadis yang pada mulanya hanya mengenali aku dari apa yang dicatat kan dilaman ini bertahun lamanya dengan perasaan simpati terhadap aku,shela,aku tidak segan atau malu untuk meyatakan yang kalau bukan kerana dia yang hadir dalam hidup aku dahulu ,mungkin aku tak lagi bernafas sekarang.dan mungkin kerana dia juga aku sedar yang tak kira apa aku korbankan,walaupun apa yang aku cuba korbankan itu nyawa aku.ianya suatu pengorbanan yang amat bernilai. mungkin masa mengubah kita,tapi tak sikit pun aku berubah hati,penat ,mahu pun muak dengan sikapnya.setelah apa yang dia berikan pada aku.yang mampu aku berikan padanya hanyalah suatu hati yang ikhlas mencintainya sehingga nafas aku yang terakhir.dan sebagai lelaki, ia aku akui yang setiap lelaki perlukan seorang wanita untuk ada dibelakangnya,dan sebagai lelaki kita perlu menghargai apa sahaja yang dilakukan nya kerana kita perlukan satu sama lain.dan aku harap suatu hari kelak,nasib aku akan berubah dan dapat mengubah segala-galanya tentang hidup aku sekarang.amin.

No comments: